Saturday, November 20, 2010

testing2

Rainbow

Friday, November 19, 2010

Torrent 2: Istilah Torrent Dan Cara Menggunakannya


Sambungan daripada kelas Torrent 1: Pengenalan Apa Itu Torrent (btul la kn?) Torrent sebelum ni.enjoy urself. Xlupe pada HurulAini.Net.kredit skali lagi ntuk beliau(Semoga beliau dapat kearah itu ssuai dgn namenya yakni wanita syurga :D).

FAHAMI ISTILAH TORRENT
.torrent – file yang mengandungi data tracker & file yang nak di download
tracker - site yang meng’update’ senarai pengguna yang mengaktifkan torrent yang sama
torrent client - software yang diguna untuk download
peer – pengguna yang sedang mendownload dan/atau mengupload sesuatu file melalui torrent
seed – pengguna yang mempunyai fail lengkap sesuatu torrent dan sedang berkongsi/mengupload kepada pengguna lain
piece – bahagian-bahagian atau pecahan-pecahan file
ratio – peratusan/ pecahan jumlah yang kita upload kepada jumlah yang kita download (upload:download) bagi sesuatu file/torrent.
firewall – aplikasi keselamatan pada komputer anda
router – alatan seperti modem, biasa diguna jika banyak komputer disambung ke satu server (guna 1 akaun internet)

LANGKAH 1: DOWNLOAD TORRENT CLIENT/SOFTWARE
Saya menggalakkan untuk menggunakan uTorrent kerana ia agak mudah digunakan dan saiz file installer-nya kecil.
1. Pergi ke http://www.utorrent.com/download.php
2. Klik ‘Get µTorrent 1.8.1’
3. Klik ‘Save’

LANGKAH 2: INSTALL TORRENT CLIENT
1. Double-click on installer icon
2. Klik ‘Run’ & ikuti langkah-langkah yang diberikan (a.k.a install mcm biasa)

LANGKAH 3: CARI .torrent FILE
Untuk mendownload menggunakan torrent, anda perlu terlebih dahulu mendapatkan .torrent file. Berikut merupakan beberapa laman web dimana anda boleh dapatkan .torrent file:

2. Untuk drama English (seperti Heroes, Prison Break, etc)
- http://www.xtvi.com/all_tv_shows/
- http://www.torrentreactor.net/
3. Google je…:)

LANGKAH 4: CONFIGURE FIREWALL
1. Buka aplikasi anti-virus anda.
2. Cari tetapan (setting) bagi ‘advance firewall configuration’ (berbeza mengikut jenis anti-virus software), kemudian cari setting untuk ‘Program Permission’
3. Tetapkan UTorrent (atau torrent client anda) kepada FULL ACCESS (inbound & outbound access)

LANGKAH 5: PORTFORWARD/OPEN PORT/ROUTER SETTING
Jika anda menggunakan internet pejabat (biasanya menggunakan router) atau internet anda menggunakan router, anda perlu buka port supaya komputer lain boleh berkomunikasi dengan anda (dari segi p2p sharing). Jika anda menggunakan modem biasa, kebiasaannya port dibuka untuk torrent client anda. Sila rujuk www.portforward.com untuk membuka port. Kadang-kadang, walaupun kita dibelakang router (behind router; pendek cerita kalau guna internet pejabat, etc), kita masih dapat berhubung dengan peer lain. Jadi tak perlu sangat atur benda ni.

LANGKAH 6: DOWNLOAD
1. Buka aplikasi uTorrent (atau torrent client) anda
2. Klik File -> Add Torrent -> [select/find .torrent file] -> Open
3. Biarkan torrent client anda berhubung dengan internet selama yang boleh.
4. Selepas anda selesai mendownload,anda digalakkan membiarkan fail .torrent di dalam torrent client supaya kita pula yang upload/seed kepada orang lain.

TIPS TAMBAHAN:
Sebenarnya, senang je nak guna torrent ni. Cuma akan jadi ‘budak jakun’ sikit la masa mula-mula nak pakai…ehehe.
Saya galakkan anda untuk mendownload torrent yang banyak seeder supaya tak la lama sangat tunggu fail siap di download. Dan kalau boleh cari torrent yang baru (torrent yang diupload dalam tempoh 6 bulan – 1 tahun) kerana biasanya seedernya masih banyak. Kalau anda mendownload contohnya drama lama seperti GTO…kemungkinan akan ambil masa untuk siap download kerana hanya sedikit sahaja seeder (kebiasaanya peer yang masih mendownload) yang ada.
Dari segi download speed, saya biasanya dapat dari 14-35kB/s. Ini semua bergantung kepada jumlah seeder yang dapat kita hubungi (connect) & juga upload rate seeder.

Lihat juga: Cara Download Torrent Secara Direct Download Menggunakan zbigz.com

Torrent 1: Pengenalan Apa Itu Torrent



Setelah lame xupdate blog ku ini,kali ni aku ingin bwkkn sstu yang rase2nya rmai yg nk thu. nk mudahkan cte aku trus smbg ape yg aku nk btau kli ni. tapi sebelum tu,tepuk ramai2 ntuk HairulAini.Net sebab disini r aku menyalin semula.(sharing is caring der :D ).ape2 hal leh lawat kt sna sbb kt sna byk pkra2 yg kte leh dpt.(salah 1 sumber pencarian ilmu ku).

APA ITU TORRENT?
Sebelum saya menerangkan bagaimana mendownload menggunakan torrent, ada baiknya saya terangkan konsep torrent, kerana ia amat penting untuk kita mengatur settingnya nanti. Kebanyakan yang saya tulis ni sebenarnya di-translate dari artikel Tweeking Torrent. Sengaja ditulis/diterjemah ke BM supaya lebih ringkas & mudah difahami. Jika anda lebih mudah memahami dalam bahasa inggeris, ada baiknya ada baca artikel asal. Hehe. [tambahan, sila abaikan bahasa saya yang bercampur-campur sebab tak nak tukar istilah teknikal, sebab mungkin lebih mengelirukan kalau diterjemah ke BM juga].
Secara ringkasnya, torrent merupakan alat (tool/software) untuk mendownload/berkongsi file. Jika anda ingin mendownload file bersaiz besar dari internet (contohnya lagu, drama series, etc), torrent merupakan kaedah yang agak mudah dipakai jika konfigurasi kita betul.
Perlu difaham disini, file yang ingin kita ambil dari internet ini sebenarnya tidak terdapat dalam server/website/jaringan internet itu sendiri, tetapi ia diambil dari komputer pengguna lain yang mengaktifkan torrent yang sama. Ini yang kita panggil peer-to-peer(p2p) sharing.

Asas P2P
Okay, saya gunakan Aning, Appy & Tini sebagai contoh untuk menerang (pinjam nama jap k….hehe). Untuk contoh, kita anggapkan Aning baru nak belajar/install P2P software/torrent client; tak ada apa yang nak dikongsi dan nak download drama dari internet. Appy pula dah beberapa kali share file, tapi juga ingin mendownload dari internet. Tini pula sedang berkongsi banyak file dan kurang dah nak mendownload benda baru.
Secara asasnya untuk sistem P2P, orang akan ikut langkah berikut:
- Cari sesuatu/file
- Dapatkan senarai siapa yang berkongsi file tersebut
- Go through the list & tanya setiap sorang siapa yang sudi nak berkongsi
- Lepas file siap di download, kita pula yang share ngan orang lain dalam sistem tersebut
Jadi, Aning mencari Zettai Kareshi contohnya & dapat tahu Appy & Tini ada file tersebut. Jadi Aning bertanya la (software yang bertanya sebenarnya, sebelum sesiapa keliru) dengan Appy & Tini nak ke diaorang dua ni berkongsi. Jadi, kalau diaorang dua ni tak sibuk sangat tolong orang lain, mereka berdua akan tolong Aning. Lepas Aning siap download pula, Aning pula yang akan mula kongsi file ini supaya orang lain pun boleh dapat.

ASAS PERKONGSIAN Torrent
Biasanya, problem dengan P2P ni ialah banyak orang tak nak share. Diaorang buka program/software diorang, download file, lepas tu tutup program balik sebelum tolong orang lain. Ini kita panggil leeching. Untuk tangani ini, Torrent pecahkan file ke bahagian-bahagian/pecahan-pecahan kecil. Sambil kita mendapatkan bahagian-bahagian ini hingga lengkap, kita juga sebenarnya berkongsi (memindahkan) pecahan-pecahan kecil ini kepada orang lain (peer). ini la yang memudahkan kita mendapatkan file dari banyak pihak (peers) serentak, sekaligus memberi download speed yang baik kepada kita. Ertinya, jika Appy ada separuh file ini dan Tini pula ada lagi separuh, maka Aning boleh mengambil fail-fail ni dan kemudian lengkap la fail yang dia inginkan.
Tapi ini saja tak dapat nak tangani leech problem. Jadi, biasanya BitTorrent akan beri kita beberapa bahagian kecil file secara percuma untuk kita mula. Lepas tu, kita kena la berkongsi apa yang kita ada jika kita nak terus download dari orang lain. Jadi, kalau kita tak nak share, orang lain pun tak nak geng ngan kita (means kita susah la nak download dr org lain). Lebih best lagi, Torrent akan beri kemudahan/keutamaan kepada orang yang baik hati (banyak) share kepada kengkawan lain. Ertinya, lebih banyak yang kita upload, makin cepat la kita mendownload.
Sebagai contoh, Aning dapat beberapa bahagian dari fail secara percuma dari Appy. Jadi, Aning boleh bagi bahagian2 ini kepada Tini jika Tini tak ada bahagian-bahagian ini, seterusnya Tini akan membalas budi Aning dengan memberi bahagian-bahagian yang Aning tak ada. Lepas tu, Aning jumpa Appy balik untuk bagi apa yang dia dapat dari Tini….& the circle goes on.
Chop!! Kenapa Appy & Tini tak berhubung terus (kenapa mesti melalui Aning)? Sebab, mungkin mereka ada berhubung, tapi mungkin kerana dua-dua mereka tak ada bahagian yang sama. Atau mungkin sebab konfigurasi sistem mereka bermasalah menyebabkan mereka tidak dapat berhubung terus.
Sebelum tu juga, macam mana kita nak dapat list siapa yang ada file ni ye?…urm, itu la gunanya tracker. Tracker ni berfungsi untuk keep track siapa yang berminat dengan sesuatu torrent. Bila kita download .torrent file, ia mengandungi link ke tracker. Torrent client kita akan menghubungi tracker dan minta senarai peer yang mengaktifkan torrent yang sama. Dalam masa yang sama, tracker akan menambah kita dalam senarai tersebut supaya orang lain tahu kita mengaktifkan torrent yang sama. Torrent client juga akan mengemaskini (update) senarai ini dari semasa-ke-semasa. Perlu diingatkan, tracker hanya tahu senarai siapa yang mengaktifkan sesuatu torrent & memberikan senarai tersebut kepada pengguna yang terlibat. Tracker tak tahu apa-apa mengenai torrent tersebut, dan bukan tracker yang menghantar file tersebut kepada kita. Ia hanya menunjukkan laluan mendapatkan fail yang kita inginkan.

MENGGUNAKAN TORRENT
Secara asasnya, torrent berfungsi melalui proses-proses berikut:
INTERNET <–> ROUTER <–> FIREWALL <–> COMPUTER
FIREWALL
Kebiasaannya komputer kita dilindungi firewall. Firewall seumpama bodyguard pada Internet. Ertinya, kita bercakap kepada firewall, kemudian firewall bercakap ke Internet bagi pihak kita. Dengan ini, kita takkan berhubung terus dengan Internet, memastikan kita selamat dari bahaya Internet. Secara semulajadinya, firewall ni agak ‘gila’ sikit & takkan mudah percaya dengan orang lain. Firewall takkan benarkan komputer lain berhubung dengan komputer kita melainkan kita arahkan ia (mengatur setting benarkan access).
Sebagai contoh, Tini & Appy dilindungi firewall, manakala Aning tidak. Ertinya, Aning takkan dapat memulakan komunikasi dengan Tini & Appy kerana Aning tidak dapat melalui firewall mereka. Tetapi, Tini & Appy dengan senangnya boleh memulakan komunikasi dengan Aning. Apapun, Tini & Appy tidak akan dapat saling berkomunikasi kerana kedua-duanya dilindungi firewall.

NAT & PortForwarding
Selain dari komunikasi komputer kita dikawal oleh firewall, firewall juga mungkin mengatur sesuatu yang kita panggil Network Address Translation (NAT). OK, rasanya semua orang tahu apa itu IP address. IP address macam no telefon kita atau no IC kitaàmemberi identiti kepada komputer kita. Satu lagi lapisan keselamatan dalam komunikasi komputer ialah firewall kita memberi alamat IP palsu kepada komputer lain yang berkomunikasi dengan kita supaya komputer lain takkan dapat berkomunikasi terus dengan kita. Contohnya, kita memulakan komunikasi dengan komputer lain, firewall kita menerima arahan itu dan kemudian bercakap bagi pihak kita. Masalahnya sekarang ni ialah komputer kita mungkin hanya tahu no IP palsu ni, jadi bila berhubung dengan tracker, komputer kita akan beri no IP yang salah. Hasilnya, bila tracker beri senarai yang mengandungi IP kita yang palsu dan komputer lain cuba nak hubungi kita, diaorang takkan dapat cari kita. Jadi, penting untuk kita memberi IP yang betul kepada tracker.
Selain itu juga, kita kena ingat yang firewall takkan benarkan komputer lain mula berhubung dengan kita melainkan jika kita yang memulakan komunikasi tersebut. Walaupun kita telah memberi no IP yang betul, tapi bila komputer lain ingin memulakan komunikasi dengan kita, firewall kita akan abaikan mereka kerana ia tidak tahu apa yang orang itu inginkan dan firewall kita tak nak percaya dengan mereka ni. Jadi, kena la kita beritahu dengan firewall kita bahawa untuk sesetangah perkara, okay kalau komputer lain nak mula berhubung ngan kita. Proses ini kita panggil port forward. Port number digunakan oleh komputer untuk terangkan apa jenis komunikasi yang ingin dimulakan, supaya firewall kita tahu apa yang komputer lain nak dari kita. Firewall kemudiannya akan semak sama ada port number yang diberi komputer itu sama dengan apa yang kita benarkan ekses [The firewall can then check and see if that port number matches something you want people to come directly to you for, and it will let them start talking to you (Note: sorie, susah nak translate ni…hehe…faham-faham la k)]
Jadi, lepas siap mengatur isu IP address & port forwarding, komputer lain dah boleh mula berkomunikasi dengan kita. Sebagai contoh, Tini dah atur semua setting ni. Appy pula tak tahu benda alah ni & setting torrent nya masih bermasalah. Jadi sekarang, Aning dan Appy boleh bercakap terus dengan Tini, tapi Aning & Tini masing-masing tak dapat memulakan komunikasi dengan Appy.

JADI, KONKLUSINYA?
Ingat tak yang torrent mahukan kita bertukar/berkongsi bahagian-bahagian untuk dapatkan download speed yang bagus?. Sambung dari contoh sebelum ini, kalau Aning & Tini tak dapat nak upload pieces kepada Appy, Appy akan ‘merajuk’ & bawa diri. Bila ni berlaku, Appy pula ketinggalan kerana Aning & Tini tak nak peduli dengan dia lagi. Jadi, semua orang rugi. Tapi, sebab Aning & Tini boleh berkomunikasi dengan bebas, jadi diaorang dua ni mungkin boleh dapat download rate yang bagus dari satu sama lain. Pendek kata, lebih banyak member kita, lebih baik la speed yang kita akan dapat.

Bersambung :)

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2010 / 1431


Duit RM1 yang dahulunya pernah menjadi duit raya ku.
Kini ku ingin abadikannya sebagai kenangan bahawa
HARI RAYA AIDILFITRI
telah datang kembali :)
Salam hari raya kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai serta tidak lupa
kekasih hati ku <3
Minta diampunkan segala dosa dan halalkan makan minum ku.
Jika ada kandungan didalam blog ini mempunyai hakmilik,
minta dihalalkan segala ilmu kerana kandungan didalam blog ini
adalah untuk dikongsi bersama semua :)

TERIMA KASIH SEMUA!

Tuesday, September 7, 2010

:: HaNiQaWaNiRa™ ::: TUTORIAL JAVA – MYSQL

:: HaNiQaWaNiRa™ ::: TUTORIAL JAVA – MYSQL

TUTORIAL JAVA – MYSQL


Perisian yang digunakan:
1.JDK 6 dan keatas
2.NetBean 6 dan keatas
3.WampServer 2.0 dan keatas
4.MySQL (Connector /J driver)
(link untuk mendownload software2 ini ada dipenghujung ruangan ini didalam RUJUKAN)

( hakmilik haniqawanira )

PERINGKAT PERTAMA (MySQL):


1.Download dan install WampServer. Ini adalah untuk kita running MySQL.


2. Klik pada WampServer dan pilih MySQL > MySQL console.



3. Paparan seperti ini akan muncul. Secara default MySQL kita tidak mempunyai password. Tekan enter sahaja.



4. Paparan MySQL.



5. Masukkan query dan maksud query diatas sperti berikut

CREATE DATABASE CONTOH1;
//mencipta database baru bernama CONTOH1

USE CONTOH1;
//menggunakan database CONTOH1 tadi

CREATE TABLE PELAJAR (
//mencipta table bernama PELAJAR

ID INTEGER NOT NULL AUTO_INCREMENT PRIMARY KE Y,
//membuat kolum ID berjenis INTERGER(nombor) tidak boleh dikosongkan NOT NULL automatik diisi

AUTO INCREMENT dan diletakkan kunci utama padanya PRIMARY KE Y. (maklumat mengenai PRIMARY KEY ini boleh la cari dengan pakcik GOOGLE)

NAMA VARCHAR(30),
//membuat kolum NAMA berjenis VARCHAR(gabungan nombor dan huruf) bersaiz 30

NO_METRIKS VARCHAR(10),
//membuat kolum NO_METRIKS berjenis VARCHAR(gabungan nombor dan huruf) bersaiz 10

UMUR INTEGER,
//membuat kolum UMUR berjenis INTEGER(nombor)

TEMPAT_TINGGAL VARCHAR(50)
//membuat kolum TEMPAT_TINGGAL berjenis VARCHAR(gabungan nombor dan huruf)
bersaiz 50

);
//penutup bagi query MySQL kita ini



PERINGKAT KEDUA (NetBean dan MySQL Connector/j driver):

1. Download dan install NetBean versi 6 dan keatas.

2. Download MySQL Connector/j driver.

3. Install driver ini pada NetBean. Ini kerana driver ini yang akan menghubungkan JAVA dan
MySQL kita.



4. Pilih Window > Services



5. Pilih Databases > right click Drivers > New Driver > Add.. > pilih mysql-connector-java-bin.jar yang telah diextract > OK.



6. Kemudian kita akan buat projek JAVA baru kita ini didalam Netbean dengan pilih File > New
Project > Categories : Java > Projects: Java Desktop Application > Next > sehingga paparan
tersebut.




7. Nama project dengan databaseMudah dan pilih Database Application kemudian Next.



8. Pada Database Connection, pilih New Database Connection..



9. Sekarang pilih pada:

Driver Name : MySQL ( Connector/J driver )
Host : Localhost
Port : 3306
Database : contoh1
Username : root
Password : (dibiar kosong kerana pada MySQL kita tadi tidak diletakkan password)
Klik OK



10. Pindahkan colum ID ke Available Columns kerana kita perlu letakkan sekurangnya 1 kolum
diruangan ini. Kemudian klik Next



11. Sekarang biarkan seperti paparan diatas dan klik finish.



12. Jika keluar popup ini maka connection database ke program Java anda hampir berjaya.



13. Sekarang klik pada button RUN atau pilih pada menu bar > Run > Run Main Project (F6).



14. Paparan akhir yang menunjukkan aplikasi yang telah siap.


TAMBAHAN


1. Open project untuk mengimport project NetBeans.(lokasi default fail NetBean
disimpan , ..documents/NetbeansProjects)


2. Pilih project senarai_pelajar dan setkan sebagai projek utama (tanda pada ruangan Open
as Main Project)

Rujukan:










Juga boleh mendownload didalam bentuk .pdf (

Semoga berjaya . A
da sebarang masalah boleh emel k haniqawanira@gmail.com :)

Wednesday, August 18, 2010

(Makna Disebalik Video Klip) Alejandro by Lady Gaga

FORWARD FROM EMAIL. THANKS TO CT JAJA (cutejaja33)

Assalamualaikum .Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat cik Gaga ni .Insya-Allah .Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati .Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release .Banyak kontrevasi tentang video ni .Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah .Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka .Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet .Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik .Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web .Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati .Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga .Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video laguAlejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video .Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda .



Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.

“I know that we are young.
And I know you may love me.
But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro.”

http://1.bp.blogspot.com/_Yz4yKXeQJIc/TBwK8gs0PEI/AAAAAAAAA3Y/2AXIfc0Ps54/s320/alej11-e1276353696244.jpg

Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart ? Tengok gambar bawah ..Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus)..Google untuk baca lebih lagi ..


"But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro".
Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia .Apa dan siapa Alejandro ?

http://1.bp.blogspot.com/_Yz4yKXeQJIc/TBwL0_VrYDI/AAAAAAAAA3o/ic8pDLwCsjQ/s320/2.JPG

Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya .

http://4.bp.blogspot.com/_Yz4yKXeQJIc/TBwL1p9Ta3I/AAAAAAAAA3w/71KcxnT55_c/s320/3.JPG

http://mindcontrol101.com/images/Illuminati_create_min.jpg

Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang ‘control’ dia .Atau senang kita guna istilah dia adalah ‘mind-control slave’ .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dianampak kosong, nampak bingung betul betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna .

http://3.bp.blogspot.com/_Yz4yKXeQJIc/TBwK6tSKO3I/AAAAAAAAA24/Xmy5M5F0ztA/s320/alej2-e1276353661279.jpg

Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring ,memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : “Stop, please, just let me go, Alejandro”. Sebaik saja dia sebut “Alejandro” Gaga mengangkat dua tangannya kelangit . Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia .

“She hides true love
En su bolsillo.
She’s got a halo ’round her finger,
Around you.”

Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati.Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan .

Selepas sahaja lirik tu ..Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula ..Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri .Dengan memeluk satu spirituality yang baru .Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan) . Kenapa kata jadi paderi Syaitan ?

http://1.bp.blogspot.com/_Yz4yKXeQJIc/TBwL2hyMb2I/AAAAAAAAA4A/04iwJD_uwEg/s320/leadalej.jpg
( Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas .Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan . Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain .,Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..

http://4.bp.blogspot.com/_Yz4yKXeQJIc/TBwL2DIxT3I/AAAAAAAAA34/O75jNHdFrtM/s320/invcross1-e1276357315143.jpg
http://i284.photobucket.com/albums/ll39/redrumtattoo666/inverted-red-pentagram-with-upside-.jpg
Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan .

http://4.bp.blogspot.com/_F4HXH6MhYqs/S7fnxCjiqtI/AAAAAAAAARw/X1sNgBF20V4/s1600/f_Spraguealtam_cef250d.jpg

“ In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (…) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed.”- Manly P. Hall

http://4.bp.blogspot.com/_Yz4yKXeQJIc/TBwK7O3ZSmI/AAAAAAAAA3A/ySITipP6XC8/s320/alej4-e1276357802560.jpg

Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan .
"Dont bother me, Dont bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)

Don't call my name, Don't call my name, Bye Fernando.
I'm not you're babe, I'm not you're babe, Alejandro" (tuhan)

Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka .

http://1.bp.blogspot.com/_Yz4yKXeQJIc/TBwK7d4pKsI/AAAAAAAAA3I/NA8KilbzVIU/s320/alej5-e1276366336960.jpg

Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih . Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer ..

http://4.bp.blogspot.com/_Yz4yKXeQJIc/TBwK8KdF1eI/AAAAAAAAA3Q/r4xVg3GpYN0/s320/alej6-e1276372058635.jpg

http://1.bp.blogspot.com/_Yz4yKXeQJIc/TBwM4FxWURI/AAAAAAAAA4I/G3b2vkeLSKw/s320/sacred-heart-e1276372090314.jpg

"I’m not your babe I’m not your babe , Fernando ."
Waktu menyebut perkataan Fernando ,Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri .Kita yang kena solve apa makna dia ..

http://4.bp.blogspot.com/_Yz4yKXeQJIc/TBwP6hz7kLI/AAAAAAAAA4Y/Zns3K4Dk1p0/s320/5.JPG

Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :

" Don't call my name, Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "

http://2.bp.blogspot.com/_Yz4yKXeQJIc/TBwP7PHT7KI/AAAAAAAAA4g/YQBIw3IHRqs/s320/6.JPG

Dan di akhir video ..Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan ? Insya-Allah pasti .

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam .bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romance. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain .Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam ?.Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...

http://api.ning.com/files/bBbijPMupHgqeFN4VmW*Ux-8U3G4kYsnEHQDy8iVpgX2j1*hl6hDX5BFPv6p3x5TFeHlUTPpTqczsHRH3qitPSQAm5E4QRi8/10_stop.jpg

Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga .Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai .Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya .Amin ya rabbalalamin .sumber asal : vigilant citizen :)


Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya" (Al-Isra' 17:36)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...