Monday, June 3, 2013

[Rahsia Ilmu Rumah Tangga] Baca Atau Download " PERMATA YANG HILANG "

Assalamualaikum semua.

Hari ini baru tergerak hati nak berkongsi sesuatu yang sangat berfaedah untuk orang yang akan, sedang atau telah berkahwin.




Untuk Membaca Secara Online :

Untuk Mendownload :


*nota kaki: punya la lama berkahwin baru hari ini share. #apainiorang hahaha

Saturday, February 9, 2013

15 haiwan comel yg hampir pupus

Kesian kat haiwan2 nih comel lak. Kongsi info dengan korang.


Umumnya, apabila sebut tentang masalah kepupusan spesies di bumi ini, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa selain diri sendiri iaitu manusia. Pertambahan populasi manusia dan kadar penggunaan bahan semulajadi telah meningkatkan lagi kadar kepupusan menate2 ni. 
Atau lebih spesifik lagi, kemusnahan habitat akibat aktiviti pembangunan dan perdangangan hidupan liar merupakan punca utama penurunan bilangan spesies di muka bumi ini. Disebabkan ketamakan kita sendiri, sanggupkah kita melihat menate2 comel yang tidak bersalah seperti di bawah ini pupus dan hilang terus dari muka bumi?





1. SAND CATS
kucing pasir merupakan satu-satunya spesis dari keluarga kucing yg tinggal di padang pasiaq, terutamanya di kawasan padang pasiaq di Afrika Utara, Asia Barat dan Asia Tengah. Sejak tahun 2002 kucing pasiaq ini telah disenaraikan sebagai haiwan yang terancam oleh IUCN (International Union for the Conservation of Nature) kerana penurunan populasi yang mendadak. Kesian.





2. Egyptian Tortoise
Egyptian Tortoise (kura-kura Mesir?) yang juga dikenali sebagai Kleinman's tortoise atau Leith's tortoise ini dianggap dalam keadaan terancam yang kritikal. Ianya dipercayai sudah pupus di Mesir, which is ironic, sebab namanya Egyptian Tortoise tapi tak boleh dijumpai di tempat bersempena dengan nama kura-kura ini. Ribuan sudah dihantar ke Amerika dan lain-lain negara dengan tujuan pembiakan dalam kurungan.





3. SEA OTTER
Sea Otter ini hampir pupus disebabkan aktiviti pemburuan yang ingin mengambil bulu mereka (apara takde bulu menate lain keh nak amik?) Mengapakah mereka tergamak nak membunuh menate secomel begini? Populasi haiwan ini di Barat Laut Pasifik berkurangan kepada kurang daripada 2000 ekor pada awal abad ke-20. Berita baiknya, dengan penguatkuasaan undang-undang, populasi sea otter ini telah meningkat kepada 100,000 hingga 150,000 ekor.


*klik "Teruskan Membaca Disini" untuk sambungan*

Sunday, February 3, 2013

[Tips] Selipar Aku Putus! =.=" Cuba Cara Ni =D


TT rasa mesti ada korang pernah mengalami situasi seperti ini. 


Berjalan pakai selipar (ke kedai, surau etc), tiba2 selipar kita putus seperti gambar di bawah ini?




CARA NAK SELESAIKANNYA DENGAN CEPAT DAN MUDAH

*klik "Teruskan Membaca Disini"*

Friday, January 18, 2013

Naikkan trafik blog/website anda!

hai semua, 
hari ni TT nak kongsi 1 lg tips untuk korang semua.
sebelum tu tgk printscreen drpd blog TT ni dlu ea

update 22/1/2013



daripada yg plg sedikit 27 org view lps tu trus mencanak naik ke 3000+.
apa rahsianya? hehehe. korang cuma download tutorialnya disini


korang jgn bimbang sebab ianya 100% PERCUMA!

selain itu boleh website ini juga boleh digunakan

10khits.com
globalautosurf.net

korang cuma register, kemudian "add new site" dan tggu approval (1 - 24 jam).
lepas da approve, korang akan dapat point (besenya 10 000 points)
cari "allocate point" dan korang letak berapa point yang korang nak guna dlm sehari.
lepas tu tggu la trafik korang mesti naik punya.
kalo korang nak tambah point2 tu, korang kena klik kt "surf" dan biarkan selama yang boleh.

Monday, January 14, 2013

Nyalakan Lampu Kalimantang Guna Bateri

-----------------

Kita biasa ternampak para peniaga di pasar2 malam menghidupkan lampu kalimantang dengan menggunakan bateri kereta 12V. Mungkin ada antara kita yang tertanya bagaimana lampu kalimantang yang memerlukan bekalan voltan 240V boleh dihidupkan dengan bateri kereta yang bervoltan 12V sahaja.

Sebenarnya mereka telah menggantikan litar elektrik lampu kalimantang tersebut menggunakan electronic ballast 12V. Alat ini akan menukarkan voltan arus terus 12V ke voltan tinggi arus ulang alik pada frekuensi tinggi.

Gambar di bawah menunjukkan litar elektrik lampu kalimantang yang biasa.


Untuk membolehkan lampu kalimantang dapat dihidupkan dengan menggunakan bateri 12V, tiub kalimantang hendaklah disambungkan dengan electronic ballast sahaja seperti gambarajah di bawah.




Electronic ballast 12V boleh didapati di kedai2 elektrik. Harganya tidak melebihi RM10.

-----------------------
Kredit to Zon152 dan tips lainnya di Carigold

Lajukan Kipas Siling Anda Yang Perlahan

---------------------------

Kadang-kadang kipas siling, kipas meja, kipas dinding atau exhaust fan di rumah kita menjadi semakin perlahan selepas diguna beberapa tahun walaupun kelajuannya dilaras pada tahap maksimum.

Mengapakah ini berlaku ? Adakah ia boleh dibaiki ?

Perkara ini berlaku disebabkan kapasitor yang terdapat pada motor kipas tersebut. Nilai Farad pada kapasitor tersebut telah berkurangan dan ini menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan.

[I]Gambar 1 di bawah menunjukkan bentuk biasa kapasitor yang terdapat pada motor kipas [I]




Gambar 2 menunjukkan lokasi kapasitor pada kipas siling





Nilai kapasitor yang biasa digunakan pada kipas siling atau kipas meja di rumah adalah sekitar 2uF. Kapasitor yang berkualiti rendah biasanya nilai Farad akan berkurangan setiap tahun. Untuk membaiki kipas yang menjadi semakin perlahan itu, hanya gantikan sahaja kapasitor ini dengan yang baru.

Anda dinasihatkan supaya menggantikan kapasitor tersebut dengan nilai Farad yang sama dengan nilai Farad kapasitor yang asal. Menggunakan kapasitor yang mempunyai nilai Farad yang lebih tinggi akan menyebabkan kipas berpusing lebih laju, motor menjadi lebih panas dan ini boleh merosakkan gelung dalam motor kipas tersebut. Pastikan kapasitor tersebut mempunyai label voltan lebih dari 300VAC.

Pastikan juga anda menutup suis utama pada papan agihan elektrik semasa membuat kerja penggantian kapasitor kipas. Ini adalah untuk keselamatan.

FAQ


Di mana saya boleh mendapatkan kapasitor kipas?
Kapasitor kipas boleh didapati di kedai elektrik yang ada membuat kerja pembaikan peralatan elektrik atau kedai yang menjual komponen elektronik.

Kipas siling rumah saya tiba-tiba sahaja berpusing terbalik, angin hembus ke atas. Kenapa boleh jadi macam itu?
Adakah kipas anda kipas siling biasa? Jika ya, itu menunjukkan kapasitor kipas mengalami kerosakan. Gantikan kapasitor itu dengan yang baru.
Sekiranya kipas kawalan jauh, mungkin anda telah mengaktifkan fungsi 'reverse rotation' pada kipas tersebut. Fungsi ini akan menyebabkan kipas berpusing terbalik dan fungsi ini berguna di negara yang mempunyai iklim sejuk. Sekiranya kipas anda tidak mempunyai fungsi seperti ini tetapi kipas berpusing terbalik, ini menunjukkan kapasitor kipas telah rosak.

Saya ada masalah dengan sebuah kipas siling yang menggunakan remote control. Pada kelajuan 1 atau 2, kipas berpusing sangat perlahan, tetapi pada kelajun 3, kipas berpusing dengan laju. Adakah kapasitor dalam kipas ini perlu diganti ?
Masalah sebegini menunjukkan terdapat kerosakan pada papan elektronik dalam kipas tersebut, bukannya pada kapasitor kipas. Dapatkan orang yang mahir membaiki papan elektronik untuk membaiki kipas anda.

Kawasan perumahan saya baru-baru ini mengalami over-voltage menyebabkan 2 biji kipas siling rumah saya tidak berfungsi. Adakah ia boleh dibaiki ?
Adakah kipas anda ini kipas siling biasa atau kipas siling remote control ? Sekiranya kipas siling biasa, cuba ganti regulator (alat pengawal kelajuan kipas) kepada yang baru.
Sekiranya anda menggunakan kipas siling remote control, papan elektronik dalam kipas tersebut telah rosak. Dapatkan orang yang mahir membaiki papan elektronik untuk membaiki kipas anda.

Kipas meja saya berpusing perlahan walaupun telah diset pada kelajuan maksimum. Kapasitor kipas telah diganti baru tetapi kipas tetap perlahan. Kenapa boleh jadi seperti itu ?
Dalam kipas terdapat 2 jenis gelung, gelung 'start' dan gelung 'run'. Kerosakan seperti ini menunjukkan gelung 'start' telah putus. Kipas anda perlu dihantar ke kedai 'motor rewinding'. Tetapi kos rewinding untuk kipas adalah tidak berbaloi kerana kosnya sama seperti membeli kipas baru. Lebih baik beli kipas baru.


---------------------------
Kredit to ZON152 dan tips lainnya di Carigold

Mari Kenal PERFUME KITA!


-------------------
APA ITU PERFUME :)


Tak tau la korang tahu ke tak.. Bagi yang tahu, mungkin boleh share psl ni sket2.... bg yang tak tahu, sila usha bawah!! Harap dpt sedikit sebanyak menambah ilmu ttg perfume mase nk beli nt.. 

Bermulaaaanya di sini:

Apakah Eau De Toilette, Eau de Parfum, dan lain-lain.. maksudkan?

Istilah ini merujuk kepada kekuatan wangian, atau lebih khusus, berapa banyak kandungan PATI ditambah kepada alkohol gred tinggi dan/atau air.

'Parfum' (jenis umum paling pekat anda boleh beli) mempunyai perfume oil/ pati dlm 15-25% larut dalam alkohol. Mana-mana campuran dengan kadar yang lebih rendah daripada minyak alkohol dikenali sebagai 'Eau'. (cara sebut - eewwww )

--> Eau Fraiche (Usually 3% or less perfume oil)

--> Eau de cologne - EDC (2 - 5% perfume oil)

--> Eau de toilette - EDT (4 - 10% perfume oil) - Biasa ada pd kebanyakan brand..

--> Eau de parfum - EDP (8 - 15% perfume oil) - Brand agak mahal i.e Chanel no.5, etc..

--> Soie de Parfum (15 - 18% perfume oil) - Brand mmg mahal i.e Hermes, etc.. 

--> PARFUM (15 - 25% -- also sometimes referred to as Extract or Extrait) - Original Chanel no.5, etc..

--> Perfume oil/ pati (15-30% perfume oil in an oil rather than alcohol base)

Anda juga berkemungkinan utk jumpa 'Parfum de Toilette'. Kebanyakan syarikat pengeluar menggunakan istilah ini untuk menggambarkan kepekatan yang sama seperti 'Eau De Parfum', atau antara 'Eau De Parfum dan Parfum'(8-25%)


3 jenis wangian yang paling biasa anda beli adalah:

The Deep WEB : The Darkest Side Of InterneT

-------------

THE DEEP WEB

Bagi mereka yang tidak tahu, The Deep Web merupakan sesuatu yang mewakili sebahagian besar kandungan di internet yang tidak dapat diakses secara biasa melalui carian-carian utama seperti Google/Yahoo/Bing atau enjin carian lain.

Carian di internet hari ini, boleh dibandingkan seperti mengheret jaring merentasi seluruh permukaan laut, walaupun banyak ikan yang akan tersangkut di jaring, tetapi lebih banyak lagi yang masih tinggal dan ada di dasarnya. Dan bahagian yang tertinggal itu terus menjadi rahsia dan terlepas dari pandangan. Sama seperti Internet, kebanyakkan kandungan di internet dihasilkan secara dinamik dan disimpan jauh di dasarnya, enjin carian biasa tidak akan mampu mencarinya.


Berikut adalah beberapa fakta mengenai The Deep Web:
  1. Maklumat yang ada di The Deep Web sekarang ni hampir 500 kali ganda lebih banyak daripada maklumat yang ada di The World Wide Web.
  2. The Deep Web mengandungi 7500 Terabyte data berbanding 19 Terabyte data yang ada di The World Wide Web.
  3. The Deep Web menyimpan lebih 550 billion dokumen secara individu berbanding hanya 1 billion di The World Wide Web.
  4. Lebih dari 200 ribu laman web yang ada di The Deep Web buat masa sekarang.
  5. Di The Deep Web, lebih banyak kategori maklumat baru yang muncul setiap hari.
  6. Disebabkan terlalu banyak maklumat yang ada, The Deep Web sudah semakin sempit dan sukar untuk ditembusi.
  7. Kualiti maklumat di The Deep Web adalah 100 hingga 200 kali lebih hebat daripada The World Wide Web.
  8. Kandungan di The Deep Web lebih relevan kepada carian, pasaran dan domain.
  9. Lebih 95 peratus maklumat di The Deep Web adalah percuma dan boleh dikongsi secara bebas.


Apa Yang Ada Di The Deep Web?

Apa yang ada di bawah permukaan The Deep Web ialah apa yang tidak dibenarkan disiarkan di The World Wide Web. Di The Deep Web, hampir ada kesemua yang dicari oleh penggodam, saintis, pengedar dadah, pembunuh, ahli fizik, ahli revolusi, kerajaan, polis, pengganas, penyumbaleweng, pengumpul data, penculik, ahli sosiologi dan ramai lagi, merangkumi segenap aspek moral baik dan jahat.

(Tips & Tricks) [> Tutorial ROOT Inside!!! <] Kelab HTC Sensation , XE , XL

--------------------------
JOM ROOT HTC SENSATION/XE/XL
PANDUAN S-OFF UNTUK YANG DAH UPGRADE KE ICS 4.0.3, HBOOT 1.27.0000 DAN FIRMWARE 3.32


JADI APA2 KORANG TANGGUNG SENDIRI OK 

[FILE YANG PERLU KORANG DOWNLOAD]


>> Untuk kesenangan, korang kumpulkn semua ni dlm 1 folder nama ROOT HTC <<


-------------------
LAIN-LAIN

*Pergi ke Setting > Power > Uncheck Option Fast Boot
*Korang Backup siap2 sume yg ada dalam memory phone dan kt memory SD korg kt PC.!
*Pastikan Bateri korang PENUH atau sekurang2nya 70%!
*Sediakan paperclip atau klip kertas besi(sbb kte nk men HACK2 lps ni )


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...