Wednesday, May 3, 2017

Cara Root Oneplus 3 / 3T [Edisi Ringkas]

Assalamualaikum wbt

Mood menaip kembali akhirnya.
Kali ni berkenaan cara untuk root Oneplus 3 atau Oneplus 3T

[ Tutorial untuk smartphone TT yang pertama HTC Sensation XE

Okay Jom Kembali Semula.

Perisian Yang Perlu Ada. 
(Simpan Semua didalam 1 folder)

========================

All in One LINK


Mirror

=========================

Sebelum pergi jauh dinasihatkan

Backup Data / Fail yang ada pada Oneplus 3/3T anda di PC atau External Storage seperti PC atau pendrive sebab proses pertama akan menyebabkan peranti kosong seperti baru di format

Pastikan bateri anda sekurang2nya 70%

Pergi ke Setting - About Phone ; Tap 7x di build number sehingga Developer Option dipapar.
Tekan back n pilih Developer Option n Tick USB Debugging.
Tick juga pada Advanced Reboot

--------------------------------------------------------------------------------

INSTALL DRIVER, ADB / FASTBOOT

Install Driver Oneplus tadi. Jika ada permintaan, tekan 'Install Driver Anyway'
Kemudian install Minimal ADB Fastboot tadi.

Reboot phone anda ke mode Bootloader / Fastboot

(Tekan Butang Power n pilih reboot - bootloader atau offkan phone n tekan butang Power+Vol Up)

Sambungkan phone anda ke PC.
Pastikan pada device manager (Right Click pada My Computer n pilih Manage) anda detect  
"Oneplus Android Bootloader Interface" atau ada perkataan "ADB / Fastboot / Bootlader Interface" 
Jika tidak atau ada logo kuning, semasa phone disambungkan, install kembali software driver Oneplus tadi.

Kembali ke folder tempat anda menyimpan fail.
Tekan Shift + Right Click pada mana2 bahagian kosong n pilih "Open window command here"

Taip " fastboot devices "
(simbol "" ini tidak perlu ditaip)

Pastikan di command prompt / cmd dipaparkan : [gabungan huruf/no] fastboot 

Jika ada, tahniah
Ini bermakna PC anda telah berjaya menjumpai phone anda didalam mode fastboot

-----------------------------------------------------------

UNLOCK BOOTLOADER

Masih di Command Prompt/cmd, taip "fastboot oem device-info"
cari perkataan : (bootloader)    Device unlocked: false

(Jika bootloader : true maka skip terus ke step seterusnya)

Ini bermakna bootloader masih di lock.
Untuk membuka, taip "fastboot oem unlock"
Device anda akan diformat n semua data disapu bersih.

----------------------------------------------------------

FLASH/INSTALL Custom RECOVERY/TWRP n ROOT

Kemudian kita flash custom recovery.
Taip "fastboot flash recovery recovery.img"

( cara mudah selepas taip "fastboot flash recovery" 
tekan "re" n butang Tab atau drag fail recovery.img tu ke cmd. 
Pastikan ayat dia akan jadi sebijik macam ni : "fastboot flash recovery recovery.img")

Kemudian taip "fastboot boot recovery.img"
Jika berjaya masuk ke recovery a.k.a TWRP, di PC akan detect storage untuk OP3/3T

Copy fail supersu atau magisk ke dalam storage tadi.
Daripada recovery tu pilih tab Install n cari fail supersu/magisk.

( TT recommend menggunakan Magisk sebab ada ciri untuk menyembunyikan root.
Kegunaannya, sesetengah Aplikasi atau App yang detect root tak dapat digunakan.
Magisk adalah antara jalan penyelesaiannya )

Setelah pilih, swipe kanan untuk install n reboot.

Setelah selesai boleh la reboot dan selesai kerja anda untuk masa ini.

Owh sebelum terlupa. Jika anda menggunakan Magisk, sila download APK dan install. Selepas install masuk ke setting Magisk Manager n tick pada Magisk Hide n Systemless hosts kemudian reboot.

--------------------------------------------------------

Nota kaki:

Anda juga akan jumpa warning yang anda sudah unlock bootloader serta DM-Verify semasa anda reboot phone. Itu perkara biasa bagi Oneplus 3/3T yang di root. Ada cara untuk disablekan namun itu akan dikongsi diruangan yang lain.

Juga jika anda mahu update OxygenOS anda tu, anda perlu mendownload Full Zip OxygenOS Update yang mana biasanya anda perlu menunggu seseorang untuk mencari link full download tersebut n juga Saiz fail yang agak besar kebiasaanya lebih 1GB. Jangan cuba install ikut cara biasa jika anda sudah root.

Setelah anda update dengan cara flash full zip OOS update tadi di TWRP maka root access anda juga akan hilang. Jadi jika anda mahu kembali fungsi root anda perlu flash fail root samada magisk atau supersu. Selesai Update OOS n flash kembali root dinasihatkan Wipe Dalvik n Cache sebelum anda reboot kembali.

Untuk sebarang pertanyaan, komen atau apa saja berkaitan Oneplus 3/3T mahupun Oneplus yang lain 1 / 2 / X, boleh join group Facebook di

Oneplus Android Community
(Perbincangan/komen/pertanyaan/berita mengenai smartphone Android terutama Oneplus)

Oneplus 3/3T Malaysia
(Spesifik Oneplus 3/3T)

Oneplus Store Malaysia
(Tempat Jual Beli Device/Accessories Terutama Oneplus)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...